Sunday, November 18, 2012

CERITA PENDEK



Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat


    Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.



         Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.






Kisah Pemburu dan Ibu Rusa


  Pada zaman dahulu ada seorang pesuruh raja. Pesuruh raja ini sangat suka memburu. Dia mempunyai seekor kuda. Dia selalu menunggang kuda ini semasa memburu.
      Pada suatu hari pemburu itu pergi ke sebuah hutan. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Dia sedang mencari binatang untuk di buru. Tiba-tiba dia ternampak seekor anak rusa. "Comel sungguh anak rusa itu," kata pemburu. "Tentu anak-anakku suka padanya." Perlahan-lahan dia menghampiri anak rusa itu. Denagn pantas dia menangkap anak rusa itu untuk di bawa pulang. Anak rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pempburu itu memegangnya dengan kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya. Setelah itu dia terus menungggang kudanya untuk pulang.

   Ibu rusa mencari anaknya kesana dan kemari. Ia sangat sedih kerana anaknya telah hilang. Tiba-tiba ia ternampak anaknya di belakang kuda si pemburu. Ia pun mengejar pemburu itu tanpa rasa takut. Ibu rusa menghampiri pemburu itu. Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa inginkan anaknya kembali. Anak rusa menangis terisak-isak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak kerana keempat-empat kakinya telah di ikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu rusa dan anaknya.

  Akhirnya Si pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibuny rusa menjilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan anak rusa sangat gembira kerana dapat bersama kembali.


10 comments:

  1. Cerita ini, boleh juga kami jadikan set induksi dalam p&p.

    ReplyDelete
  2. Cerita yang menarik dan mengandungi nilai-nilai murni yang dapat dipelajari, sangat bagus

    ReplyDelete
  3. I just wanted to say thank you for putting together such an awesome blog. I have found so many useful things here. I appreciate your hard work and willingness to share. Thank you!

    ReplyDelete
  4. Banyak maklumat disediakan, syabas.

    ReplyDelete
  5. Cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  6. Syabas, cerita cikgu yang ditunjukkan menarik dan berserta nilai-nilai murni. Teruskan usaha lagi.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Super super. Cerita menarik.Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete