Thursday, December 6, 2012

TEKA-TEKI



enurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Teki-Teki bermaksud soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawabannya harus diduga, soalan untuk menduga akal.Kanak-kanak biasanya sangat suka akan teki teki.

 Namun jika kita meneliti seni teki teki, kita mungkin boleh mendapat gambaran mengenai alam pemikiran sesuatu suku bangsa itu. Bagaimana mereka berfikir, bagaimana cara mereka mendeskripsikan sesuatu sesuai dengan milieu mereka. Induoh do otiki, insan do gaiyoh? Dua kali kecil, besar sekali. Jawapan teka-teki itu ialah ulan dalam bahasa Dusun Kadamaian atau tulan dalam bahasa Dusun yang lain, yang bermakna bulan. Sebabnya kerana bulan kelihatan kecil dan berbentuk seperti bulan sabit pada awal bulan, pada pertengahan bulan ia menjadi bulan penuh dan pada penghujung bulan ia mengecil semula.

 Dalam teki-teki tradisional Melayu, kita menemui teka teki berbentuk empat baris pantun iaitu "Akulah bola tergantung tinggi, menjadi pujaan seekor burung, apabila aku tiada lagi, gelap gelita, hidup pun murung". Jawapan bagi teka teki ini juga ialah bulan.  Teka teki berdasarkan kepada satu peribahasa Melayu iaitu pungguk rindukan bulan.

 Memang benar bahawa teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar. Terdapat pelbagai jenis teka-teki yang wujud dalam dunia ini, menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas.







2 comments: