Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah
seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat
sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan
basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita
akan buat sarang,” kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca
sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari
kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab.
“Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu,
hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu
tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata
arnab.
Kisah Pemburu dan Ibu Rusa
Pada zaman dahulu ada seorang
pesuruh raja. Pesuruh raja ini sangat suka memburu. Dia mempunyai seekor kuda.
Dia selalu menunggang kuda ini semasa memburu.
Pada suatu hari pemburu itu pergi ke sebuah hutan. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Dia sedang mencari binatang untuk di buru. Tiba-tiba dia ternampak seekor anak rusa. "Comel sungguh anak rusa itu," kata pemburu. "Tentu anak-anakku suka padanya." Perlahan-lahan dia menghampiri anak rusa itu. Denagn pantas dia menangkap anak rusa itu untuk di bawa pulang. Anak rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pempburu itu memegangnya dengan kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya. Setelah itu dia terus menungggang kudanya untuk pulang.
Ibu rusa mencari anaknya kesana dan kemari. Ia sangat sedih kerana anaknya telah hilang. Tiba-tiba ia ternampak anaknya di belakang kuda si pemburu. Ia pun mengejar pemburu itu tanpa rasa takut. Ibu rusa menghampiri pemburu itu. Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa inginkan anaknya kembali. Anak rusa menangis terisak-isak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak kerana keempat-empat kakinya telah di ikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu rusa dan anaknya.
Akhirnya Si pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibuny rusa menjilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan anak rusa sangat gembira kerana dapat bersama kembali.

No comments:
Post a Comment