TEKA-TEKI

TEKA-TEKI NAMA BINATANG


Pergi memancing di Sungai Deli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik  bijak bistari,
Binatang apa keris di kaki?

Ayam Jantan
Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari pucuk paku,
Tahukah adik binatang apa,
Darahnya hitam tulangnya satu?


 


Sotong


  Anak ayam mati tercekik,
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?

Badak Sumbu



Makan nasi berulam raja,
Kelawar

Ditambah dengan sambal sotong,
Kalau adik pandai meneka,
Apa binatang tidur tergantung?








Pergi berjalan di waktu petang,
Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang,

Jika diusik badannya digulung?


Ulat Gonggok


Upin Ipin ketawa sahaja,  
Bila melihat cerita jenaka,
Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula.


Seladang
 

Sakit terkena duri semalu,
Ketika menangkap ikan siakap,
Kalau adik ingin nak tahu,
binatang apa pandai bercakap.   


Burung Tiung

Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,



Buaya











Pagi-pagi pergi ke kebun,
Menebas rumput guna parang,
Waktu siang matanya rabun,
Waktu malam matanya terang.



Burung Hantu

Manis sungguh buah melaka,
Dibuat oleh si anak dara,
Lehernya panjang tidak terkira,
Tapi makan pucuk pokok sahaja.


Zirafah
Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.


Ikan Jerung
Waktu sarapan makan roti,
Sedap dimakan dengan madu,
Garang betul binatang ini,
Kejar orang hendak menyudu.




Angsa
 











Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakit sekali.


Kerengga
Jatuh kolam baju basah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.


Nyamuk

5 comments:

  1. Syabas,Teka-teki amat menarik dan mudah difahami. Terus berusaha lagi!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian teka-teki yang menarik! ^^

    ReplyDelete
  3. Teka-teki yang menarik.Murid-murid tentu suka.

    ReplyDelete
  4. Pelbagai maklumat dapat menarik minat pelajar untuk belajar dalam keadaan riang dan gembira. Syabas!

    ReplyDelete